RM1,490.00 - RM2,099.00 per pax
RM1,490.00 - RM2,099.00 per pax
HARI 1 KUALA LUMPUR – KUALA NAMU – PARAPAT / SAMOSIR ISLAND (MT/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Kuala Namu, “ meet and greet “ dan berangkat ke Parapat – sebuah resort gunung dan danau
terkenal di tepi timur Lake Toba yang besar dan berapi, sekitar 175 km dari sini. Sepanjang perjalanan, dalam masa satu
jam, peserta akan melalui beberapa bandar kecil dan kemudian diikuti oleh pemandangan ladang getah, kelapa sawit,
tanah bendang padi, dan sebagainya. Berhenti sebentar di kedai makanan ringan tempatan di kedai Paten di Pematang
Siantar. Seterusnya, mengunjungi the statue of Goddess di kuil di Siantar. Tiba di Parapat, daftar masuk hotel. Program
bebas untuk menikmati kemudahan hotel. Makan malam di hotel. Pilihan: Boleh juga menginap semalam di Pulau Samosir
jika hotel-hotel di Parapat penuh. Tiba di Parapat, menyeberang ke Pulau Samosir dengan feri awam. Daftar masuk hotel.
HARI 2 LAKE TOBA – BRASTAGI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan mula Lawatan separuh hari di Pulau Samosir dengan menaiki Bot. Menyeberang ke Pulau
Samosir, terletak di tengah – tengah Lake Toba mengambil masa selama satu jam menaiki bot. Seterusnya, Peserta akan
di bawa melawat Makam Raja Sidabutar dan Kampung Batak Toba di Tomok. Seterusnya ke Ambarita, sebuah
kampung tradisional dengan perabot megalitik purba di hadapan rumah tradisional. Kembali ke Parapat untuk makan
tengah hari, kemudian berangkat ke Brastagi melalui Jalan Lingkar Lake Toba. Sepanjang perjalanan, para peserta akan
melalui ladang cemara, pemandangan indah Lake Toba, ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. Selepas itu, peserta
akan dibawa melawat Istana Raja Kuno Simalungun di Pematang Purba. Bergerak ke Air Terjun Sipiso-piso ketinggian
ratusan meter kedalaman Lake Toba. Tiba di Brastagi, sebuah resort gunung yang menyegarkan yang didominasi oleh
dua gunung berapi aktif, daftar masuk hotel.
HARI 3 BRASTAGI – JELAJAH BANDAR MEDAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, seterusnya peserta akan di bawa ke pasar buah-buahan dan sayur-sayuran di Brastagi. Berangkat
ke Medan melalui sebahagian hutan hujan tropika yang rimbun di Sumatera yang mengambil masa dua setengah jam
pejalanan. Lawati Taman Lumbini, Pagoda Golden Swedagon. Kemudian, teruskan perjalanan ke Medan melalui
Sibolangit. Tiba di Medan, lawatan bandar Medan. Lawati Our Lady of Good Health, Gereja Katolik Maria Annai
Velangkani, kuil Gunung Timur, sebuah Kuil Cina dengan ciri-ciri uniknya, dan Istana Maimoon Kesultanan Deli yang lama.
Seterusnya, lawati industri rumahan pembuatan sirup markisa. Daftar masuk hotel.
HARI 4 SHOPPING – AIRPORT KUALA NAMU – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel dan bergerak untuk membeli-belah di Pasar Tekstil Pajak Ikan Lama dan Pasar Sentral / Medan Mall
jika ada waktu yang mencukupi. Selepas itu, Anda bebas untuk melakukan aktiviti sendiri .Bersedia untuk penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!