RM3,850.00 - RM4,550.00 per pax
RM3,850.00 - RM4,550.00 per pax
HARI 1
Kuala Lumpur – Beijing
Berkumpul di KLIA Terminal 1 dan menaiki penerbangan ke Beijing.
HARI 2
Beijing MT/MM
Lawatan di Beijing:
• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi
demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the
People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum
of China.
• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang
dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924.
Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina
China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony
yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi
balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
• Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
Bermalam di Beijing.
HARI 3
Beijing SP/MT/MM
• Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7
sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang
21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh
Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan
ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan
Guangou dan sungai.
• Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang
digunakan turun-temurun.
• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana
rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli
yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah
diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
• Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli -belah yang
terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai
menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
Bermalam di Beijing.
HARI 4
Beijing SP
• Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan
pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter – Hogsmeade, Minion
Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.
Bermalam di Beijing.
HARI 5
Beijing SP/MT/MM
• Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market,
kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati disini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam
tangan, tas tangan, dan lain-lain lagi.
• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini
merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300
tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti
Ming.
• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah- ratus, sayursayuran,
produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
• Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian
sutera dan di sini terdapat
Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata
selain sutera.
Bermalam di Beijing.
HARI 6
Beijing – Kuala Lumpur SP
Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!
HARI | PESAWAT | SEKTOR | ETD | ETA |
1 | MH 318 | KUL – PKX | 2340 | 0600 |
6 | MH 319 | PKX – KUL | 1000 | 1630 |