Description
HARI 1 KUALA LUMPUR – JAKARTA – BANDUNG (MT/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta (Soekarno-Hatta). “Meet & Greet” bersama pemandu pelancong yang
telah ditugaskan untuk menguruskan rombongan di balai ketibaan. Seterusnya, peserta akan dibawa menaiki kenderaan
persendirian ke Bandung, Setibanya di Bandung, peserta akan dibawa melawat Farm House. Daftar masuk hotel.
Kemudian, makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bandung.
HARI 2 BANDUNG – LEMBANG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lembang. Peserta akan dibawa melawat Castel, Astro Highland, De Lodge,
dan Floating Market. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, membeli-belah di Cihampelas Jeans Center,
Factory Outlet Heritage. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
HARI 3 BANDUNG – KAWAH PUTIH (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Kawah Putih. Kemudian, peserta akan dibawa ke
Glamping Situ Patengang dan Jembatan Rengganis Patenggang. Makan tengahari di restoran tempatan.
Seterusnya, membeli-belah di Industri Cibaduyut (jaket & kasut kulit). Makan malam di restoran tempatan dan kembali
ke hotel.
HARI 4 BANDUNG – JAKARTA – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta (Soekarno-Hatta). Bersedia
untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.





