RM4,090.00 - RM4,990.00 per pax
RM4,090.00 - RM4,990.00 per pax
HARI 1: KLIA – INCHEON
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
HARI 2: INCHEON – CHUNCHEON (MT/MM)
Lawatan di Chuncheon:
• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan
pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
• Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah dibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah ‘The Little Prince’,
nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan.
• Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca
sepanjang 174m.
• Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan
gunung, tasik, sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain.
Bermalam di Seoul.
HARI 3: SEOUL (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran
pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang
terbesar dan tercantik di Korea.
• National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata,
perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
• Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di
puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja Jongmyo.
• Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata
atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye- cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang
terdapat di sepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul.
HARI 4: SEOUL (SP)
Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau
menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.
HARI 5: SEOUL – INCHEON (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul
● Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan
merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
● Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana
kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols
kumpulan K-Pop di K-Star Road.
● Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang
Korea, Hanbok.
● Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
● Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk
bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga
terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
● Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis
makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
● Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
Bermalam di Incheon.
HARI 6: INCHEON – KUALA LUMPUR (SP)
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1)
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!
HARI | PESAWAT | SEKTOR | ETD | ETA |
---|---|---|---|---|
1 | MH 66 | KUL – ICN | 2330 | 0710 |
6 | ICN – KUL | 1100 | 1635 |
HARI | PESAWAT | SEKTOR | ETD | ETA |
---|---|---|---|---|
1 | MH 38 | KUL – ICN | 1450 | 2230 |
6 | ICN – KUL | 0010 | 0545 |
TEMPAT | NAMA HOTEL | JUMLAH BERMALAM |
---|---|---|
Incheon | Rivera Aurium Hotel atau setaraf 3* | 1 malam |
Seoul | Golden City Hotel atau setaraf 3* | 3 malam |