RM3,990.00 - RM4,590.00 per pax
RM3,990.00 - RM4,590.00 per pax
HARI 1 MM
Kuala Lumpur – Sharjah – Dubai
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Sharjah.
Lawatan di Dubai:
• Burj Al Arab: Hotel yang paling mewah dan ikonik di dunia berketinggian 321m yang dibina pada 1999. Bentuknya
unik seakan layar kapal dan dibina atas pulau buatan di persisiran Jumeirah Beach.
• Menyelusuri sekitar kawasan perumahan elit yang dibina berbentuk pohon palma, Palm Jumeirah di mana menjadi
lokasi percutian selebriti terkenal dunia dan di hujungnya terletak resort Atlantis The Palm yang tersergam megah.
• Dubai Frame: Sebuah mercu tanda unik berbentuk bingkai gambar keemasan yang terletak di tengah- tengah
antara kawasan Old Dubai dan New Dubai yang berketinggian 150m dibina pada 2013.
• Berfoto di binaan ikonik terbaru Museum of The Future yang berbentuk oval berwarna perak dan dikelilingi
dengan tulisan khat Arab puisi yang ditulis oleh PM UAE.
Lawatan di Sharjah:
• Berfoto di sekitar Cultural Square yang menempatkan monumen Quran Roundabout dan muzium Cultural Palace.
• Menikmati makan malam dan persembahan tradisi orang Arab di dalam kapal tradisional Dhow Cruise Dinner yang
berlampuan sambil menyusuri sungai Dubai Creek.
Bermalam di Dubai.
HARI 2
Dubai SP/MT
• Bersiar-siar di sekitar kawasan Old Dubai untuk melihat bangunan asal kota ini sebelum membangun seperti hari ini
dan menaiki bot tradisional Abra Water Taxi menyelusuri sepanjang tebing sungai Dubai Creek.
• Masa bebas untuk membeli-belah di Gold Souk dan Spice Souk, dan antara barangan popular dibeli ialah barangan
kemas, kurma, kekacang, minyak wangi dan kain pakaian. Di pasar ini juga merupakan lokasi untuk mendapatkan
Zaatar, herba campuran yang terkenal di benua ini sebagai penambah rasa memasak daging.
• Membeli-belah barangan buatan kulit di Leather Shop dan barangan tradisional buatan tangan di Handicraft
Gallery.
• Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut
menempatkan Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara percuma di skrin gelas lutsinar di ruang
legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan.
• Berfoto di menara tertinggi di dunia yang menjadi ikon Dubai, Burj Khalifa yang setinggi 828m. Tetamu juga boleh
membeli lawatan tambahan At The Top untuk menaiki menara ini ke tingkat 124 untuk menikmati pemandangan
panorama kota Dubai.
• Menikmati persembahan menakjubkan air pancut Fountain Show seakan di Las Vegas di kolam Dubai Mall ini.
Bermalam di Dubai.
HARI 3
Dubai – Abu Dhabi SP/MT/MM
Lawatan di Abu Dhabi:
• Emirates Heritage Village: Perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan
dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut.
• Berfoto pandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan
pantai The Corniche.
• Bersolat di Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di UAE dan dibina sebegitu indah
dengan batu marmar putih, 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz.
Bermalam di Dubai.
HARI 4
Dubai SP
Aktiviti bebas di siang hari untuk anda menerokai kota Dubai.
• Pada petang hari, rasai pengalaman unik penuh adventure, Desert Safari Jeep merentasi beting-beting padang pasir
dengan menaiki jeep 4×4 berkuasa tinggi dan berswafoto di tengah padang pasir.
• Makan malam BBQ di tengah padang pasir dan menikmati pertunjukan tradisional orang Arab Badwi sambil
berpeluang merasai pengalaman menunggang unta dan sesi berinai di Deluxe BBQ Camp.
Bermalam di Dubai.
HARI 5
Dubai – Sharjah – Kuala Lumpur
• Membeli-belah saat akhir di Blue Souk yang banyak menjual pakaian Muslimah dan barangan kemas, dan juga
cenderamata di Gifts Zone.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 6
Kuala Lumpur
Tiba di lapangan terbang KLIA Terminal 1.
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!
TARIKH | PESAWAT | SEKTOR | ETD | ETA |
1 | G9 801 | KUL – SHJ | 1000 | 1310 |
6 | G9 802 | SHJ – KUL | 1450 | 0215 |