Description
HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH – MEKAH (MOB)
- Jemaah berkumpul di KLIA, Tingkat 5 – Balai Berlepas Pintu 3.
- Petugas TravelNia akan menguruskan urusan daftar masuk (check-in) dan proses boarding pass para jemaah. Taklimat ringkas perjalanan, pengenalan mutawwif atau ketua rombongan, serahan passport dan serahan boarding pass kepada jemaah.
- Jemaah akan menaiki pesawat menuju ke Jeddah. Miqat jemaah adalah di Qarnul Manazil iaitu sejam sebelum mendarat (Sila peka dengan pengumuman daripada anak kapal).
- Tiba di Airport Jeddah (Pemeriksaan passport dan kastam). Kemudian jemaah berkumpul untuk menaiki bas ke Makkah. Daftar masuk hotel Makkah dan menunaikan Umrah pertama.
HARI 02: MEKAH – ZIARAH LUAR (HUDAIBIYAH) (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel pada jam 2.00 Petang.
- Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyyah (Syumaisi), ladang unta, Muzium 2 Masjid (tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Kerajaan Arab Saudi).
- Bagi jemaah yang ingin menunaikan Umrah Kedua, sila pastikan jemaah dalam keadaan ihram dan jemaah akan di bawa bermiqat. Kembali ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah kedua.
HARI 03: MEKAH – ZIARAH LUAR (JA’RANAH) (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel pada jam 7.00 Pagi. Jemaah akan di bawa ziarah ke Jabal Thur dan Jabal Rahmah. Dari dalam bas, para Jemaah juga akan di tunjukkan kawasan Arafah, Jabal Nur, Muzdalifah dan juga Mina (tempat melontar).
- Bagi jemaah yang ingin menunaikan Umrah Ketiga, sila pastikan jemaah dalam keadaan ihram dan jemaah akan di bawa ke Masjid Ja’aranah untuk bermiqat. Kembali ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah ketiga.
HARI 04: MEKAH – TAIF (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel pada jam 7.00 Pagi. Jemaah akan di bawa ziarah ke Kota Taif, sebuah bandar bersejarah dalam dakwah Islam.
- Bagi jemaah yang ingin menunaikan Umrah, sila pastikan jemaah dalam keadaan ihram dan jemaah akan di bawa bermiqat. Kembali ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah.
HARI 05: MEKAH – MADINAH (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Tawaf Wida’ dan lakukan persiapan pergerakan jam 2.00 Petang.
- Daftar keluar hotel Mekah.
- Bertolak ke Madinah menaiki High Speed Train• Daftar masuk hotel Madinah dan berehat.
HARI 06: MADINAH – ZIARAH DALAM (SP/MT/MM)
- Sarapan di hotel.
- Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel pada jam 7.00 Pagi.
- Jemaah akan dibawa melawat perkarangan Masjid Nabawi, Saqifah bani Saadah, Pasar Manaqah, Masjid Ghamamah, Masjid Saidina Abu Bakar, Baqi’ dan Bab Salam.
HARI 07: MADINAH – ZIARAH LUAR (SP/MT/MM)
- Sarapan di hotel.
- Jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel pada jam 7.00 Pagi.
- Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma dan Ladang Kurma.
HARI 08: MADINAH – ISTANBUL (MOB/MT/MM)
- Sarapan di hotel.
- Jemaah akan ziarah Wida’ sebelum meninggalkan Madinah.
- Jemaah daftar keluar dari hotel dan berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Istanbul.
- Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, disambut oleh pemandu pelancong mesra Muslim.
- Lawatan ke Makam Abu Ayyub Al-Ansari (Masjid Eyüp Sultan), Masjid Fatih, Makam Sultan Muhammad Al-Fatih.
- Makan malam di restoran halal tempatan dan daftar masuk hotel di Istanbul.
HARI 09: ISTANBUL (SP/MT/MM)
- Sarapan di hotel dan bertolak untuk lawatan ke Kota Lama (Old City).
- Lawatan ke Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed), Dataran Hippodrome.
- Photostop di Hagia Sophia dan Istana Topkapi.
- Lawatan diteruskan ke Masjid Süleymaniye dan Pasar Rempah (Spice Market).
- Jemaah akan diberi masa untuk membeli cenderamata Turki, hadiah Islamik, kurma, sejadah, minyak wangi.
- Makan malam di restoran halal tempatan dan kembali ke hotel.
HARI 10: ISTANBUL – KUALA LUMPUR
- Jemaah bersarapan di hotel dan daftar keluar.
- Jemaah akan bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.







Reviews
There are no reviews yet.