RM3,690.00 - RM4,690.00 per pax
RM3,690.00 - RM4,690.00 per pax
HARI 1
Kuala Lumpur – Taipei – Taichung – Chiayi MM
• Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Taipei.
Lawatan di Taichung:
• Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands.
Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang
terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
Bermalam di Chiayi.
HARI 2
Chiayi – Alishan SP/MT/MM
Lawatan di Alishan:
• Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung- ganang diselimuti
oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang
bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
• Yuyupas Cultural Park: Melawat ke salah satu perkampungan orang asli di Taiwan. Terdapat rumah- rumah tradisional
mereka dengan jualan teh dan kopi buatan sendiri serta menonton cultural show.
• Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea
Experience Centre.
• Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu
dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
Bermalam di Chiayi.
HARI 3
Chiayi – Nantou – Taipei SP/MT/MM
Lawatan di Nantou:
• Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping
itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang
dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman
yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam
ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
Bermalam di Taipei.
HARI 4
Taipei – Yehliu SP/MT/MM
Lawatan di Yehliu:
• Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik
seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan
yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung
yang jarang dilihat.
Lawatan di Taipei:
• Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti
kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
• Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari
pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
Bermalam di Taipei.
HARI 5
Taipei – Kuala Lumpur SP
• Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas
Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
• Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini.
• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA.
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!
HARI | JADUAL PENERBANGAN | SEATS |
1 3 | MH 366 KUL – TPE 0915 1410 MH 337 TPE – KUL 1510 2000 | 20 |