RM4,990.00 - RM6,090.00 per pax
RM4,990.00 - RM6,090.00 per pax
HARI 1
Kuala Lumpur – Delhi SP/MT/MM
Berkumpul di KLIA/KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Delhi.
Tiba di Delhi dan bermalam di Delhi.
HARI 2
Delhi – Srinagar SP/MT/MM
Bertolak ke Srinagar yang terletak di dalam daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestk.
Lawatan di Srinagar:
• Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini.
Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
• Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal
Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan
Mountains. Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja
Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong.
• Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di
Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang ditemui terdapat di sini dan musim
terbaik untuk ke sini adalah ketika musim bunga dan luruh di mana pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar
bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai
rumah tamu bagi tetamu diraja.
• Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional di Carpet Weaving Factory.
Bermalam di Houseboat Srinagar.
HARI 3
Srinagar – Sonamarg SP/MT/MM
• Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road
yangmenyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
• Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncakpuncak
gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik
sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.
• Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim
panas.
Bermalam di Houseboat Srinagar.
HARI 4
Srinagar – Gulmarg SP/MT/MM
• Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai Meadow of
Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 m.
• Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi
dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang
dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg
terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk.
• Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina pada awal
kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18.
Bermalam di Srinagar.
HARI 5
Srinagar – Delhi – Agra SP/MT/MM
• Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake
yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.
Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran
menuju ke Agra.
Bermalam di Agra.
HARI 6
Agra – Delhi SP/MT/MM
Lawatan di Agra:
• Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks
ini dibina dengan simetri yang tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada 1631 sebagai makam buat
isterinya Mumtaz Mahal. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan
kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m. Tetamu pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini dan
keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk pintu gerbang utamanya.
• Agra Fort: Sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar
dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi. Kota ini
merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan
terdapat di dalam kota ini. Tembok kotanya sahaja sudah setinggi 70 kaki.
Antara monumen penting di dalam kota ini ialah kolam mandi Jahangir’s Hauz yang setinggi 5 kaki, pintu Ghaznin Gate
yang dibuat pada tahun 1030, Shish Mahal yang indah dengan ukiran mosaic kaca dan juga Musamman Burj yang
merupakan sebuah ruang istirehat air pancut terletak di tingkat atas kegunaan Mumtaz Mahal.
Bertolak menuju ke Delhi dan bermalam di Delhi.
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!
HARI | JADUAL PENERBANGAN | SEATS |
1 3 5 6 | MH 191 KUL – DEL 1850 2150 MH 190 DEL – KUL 1500 1610D7 182 KUL – DEL 1900 2205D7 183 DEL – KUL 0725 0740 | 15 |