RM9,250.00 - RM10,750.00 per pax
RM9,250.00 - RM10,750.00 per pax
Berkumpul 4 jam sebelum berlepas di KLIA 1 untuk urusan taklimat dan daftar masuk. Berlepas ke Zurich, Switzerland.
Ketibaan di Zurich International Airport. Para peserta akan di bawa melawat Rheinfall, air terjun terbesar di Eropah. Jika tiba di Zurich selepas waktu check in hotel, para peserta akan di bawa ke supermarket dahulu untuk membeli barang barang keperluan sebelum di bawa terus ke hotel untuk berehat setelah 17-18 jam waktu penerbangan dari Malaysia.
Para peserta akan di bawa menuju ke Engelberg untuk naik ke puncak Gunung Titlis yang berketinggian 10,000 kaki dari paras laut. Di sini para peserta berpeluang bermain salji, menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah, berjalan di dalam Glacier Cave dan juga menikmati pemandangan gunung ganang yang indah. Selepas makan tengahari, peserta akan di bawa ke Kota Lucern. Di sini peserta akan di bawa tour ke Chapel Bridge, sebuah jambatan lama ikonik dan berpeluang untuk membeli cenderahati untuk kenang kenangan di Casagrande. Para peserta juga berpeluang menyumbang kepada komuniti muslim yang terdapat di Masjid Lucern.
Selepas bersarapan, peserta akan di bawa menuju ke Bandar Interlaken. Sebelum sampai ke destinasi, kita akan berhenti untuk bergambar di Lungern Viewpoint. Apabila sampai di bandar Interlaken, para peserta berpeluang menyaksikan paraglider yang ramai membuat aksi pendaratan. Selepas makan tengahari, peserta akan di bawa naik Thunesee Cruise selama 1 jam sebelum pulang ke hotel.
Perjalanan hari ini akan sedikit istimewa kerana peserta akan berpengalaman menaiki 3 jenis kenderaan dalam sehari. Pada pagi hari, peserta akan menaiki van private sebelum dibawa merentas dalam gunung sejauh 17km sengan menggunakan Car Train. Perjalanan akan diteruskan ke Tasch dan peserta akan diberi tiket untuk menaiki train ke perkampungan Zermatt. Train adalah satu satunya kenderaan yang boleh digunakan pelancong untuk ke Kampung Zermatt kerana kenderaan biasa tidak dibenarkan untuk masuk ke sana. Selepas makan tengahari, para peserta akan di bawa ke Matterhorn Viewpoint untuk bergambar kenang kenangan berlatar belakangkan Gunung Matterhorn. Sebelum pulang ke hotel, para peserta akan di bawa melawat ke Masjid Komuniti Albania.
Pada waktu pagi, selepas sarapan para peserta akan dibawa ke Blausee ataupun dikenali sebagai Tasik Biru. Di sini peserta berpeluang menaiki bot yang akan didayung oleh nakhoda sampan tempatan sambil bercerita tentang lagenda tasik tersebut. Kemudian peserta akan di bawa ke bandar Interlaken untuk makan tengahari dan Free & Easy. Selepas itu, para peserta akan dibawa ke Kampung Lauterbrunnen, sebuah perkampungan ala fantasi dan magikal. Di sini kita akan berjalan ke spot spot tersorok yang cantik untuk bergambar. Selepas itu, pulang ke hotel.
Hari ini, peserta akan di bawak ke perkampungan Iseltwald di Tasik Brienz. Selepas makan tengahari, peserta akan di bawa ke ibu negara Switzerland iaitu Bern. Di sini, peserta berpeluang melawat Bear Park, Rumah Einstein dan kota lama Bern. Kemudian peserta akan meneruskan perjalanan pulang ke hotel.
Para peserta akan di bawa berjalan sekitar bandar Zurich. Di sini, peserta berpeluang untuk membeli saguhati kenang kenangan untuk keluarga sebelum dibawa melawat Kilang Coklat Lindt. 4 jam sebelum berlepas, para peserta akan di bawa ke lapangan terbang untuk urusan daftar masuk dan urusan berkaitan.
Para peserta selamat sampai ke KLIA dengan 1001 kenangan.
Maklumat Musim & Suhu
Bulan | Musim | Suhu |
---|---|---|
Dec-Mac | Sejuk | 5-15°C |
Apr-Jun | Bunga | 12-22°C |
Jul-Sept | Panas | 25-30°C |
Sept-Nov | Luruh | 10-15°C |
60-45 Days Before Departure Date | 30% of the tour price |
45-31 Days Before Departure Date | 50% of the tour price |
Within 30 days Before Departure Date | 100% of the tour price |
No Show | 100% of the tour price |
TravelNia Tours is a licensed travel agency (KPK/LN 6024) based in Seksyen 13, Shah Alam.
Leave it all to us! We’ll make sure it’s Easy, Enjoy & Relax
Just drop your inquiry by clicking the button below, our friendly colleague will reply to you as soon as possible!